Pengenalan
Ferum ialah sebatian kimia yang bersimbolkan Fe dan mempunyai nombor atom sebanyak 26. Ferum berada di kumpulan lapan kala tiga dalam jadual berkala unsur. Jadi, ferum ini merupakan sebuah unsur peralihan iaitu bersifat kilat, keras, pengalir haba yang baik, takat lebur dan takat didih yang tinggi, ketumpatan yang tinggi dan merupakan sebatian yang berwarna.
Contoh jadual berkala unsur yang menunjukkan kedudukan Ferum
Contoh Ferum (III) Klorida.
Sifat-sifat Ferum (III) Klorida =
1. Takat didih pada 315 darjah celsius.
2. Ferum (III) Klorida adalah agen pengoksidaan.
3. Ferum (III) Klorida tindak balas penerimaan.
Cara mengenalpasti Ferum (III).
Dengan menggunakan Kalium Thiosianat sebagai bahan untuk mengesan Ferum (III), kita hanya perlu mencampurkan 2 larutan. Contohnya, larutan Ferum (III) Klorida dan larutan Kalium Thiosianat. Hasilnya akan membentuk larutan yang berwarna merah. Hal ini menunjukkan kehadiran Ferum (III) dalam kedua-dua larutan tersebut.
Walau bagaimanapun, murid-murid sekolah pasti akan timbul rasa bosan kerana bab untuk mengenalpasti sesuatu bahan kimia merupakan kerja yang sangat rumit dan menyusahkan.
Jadi, saya mempunyai satu cara untuk menerangkan tentang Ferum (III) ini dengan lebih menarik.
Cara-cara untuk menarik minat pelajar:
1. Nyatakan tajuk yang mempunyai kreativiti yang tinggi.
2. Lontaran dan intonasi suara yang lantang serta mengembirakan.
3. Sentiasa senyum.
4. Lakukan cara mengenalpasti bahan kimia tersebut dengan lakonan.
Demikian itu, saya disini akan menerangkan kaedah mengenalpasti Ferum (III) dengan menggunakan empat cara tersebut.
BAHAN : 50g Ferum (III) Klorida, 50g Kalium Thiosianat, 100ml air suling .
RADAS : 2 bikar (50ml), 2 spatula, pisau potong kek
PROSEDUR :
1- Masukkan 50g Kalium Thiosianat ke dalam bikar A, masukkan 50g Ferum (III) Klorida ke dalam bikar B.
2. Tambahkan 40ml air ke dalam kedua-dua bikar dan larutkan dengan menggunakan spatula.
3. Sapukan larutan Kalium Thiosianat pada kulit mengikut keperluan.
4. Celupkan pisau potong kek ke dalam larutan Ferum (III) Klorida.
5. (Berlakon bergaduh dengan kawan) , cuma letakkan pisau tersebut warna merah darah akan terkeluar dan nampak seperti agenda bunuh-membunuh.
-contoh video (peringkat kebangsaan)
Jikalau video anda tidak dapat dimainkan, sila tekan link dibawah
https://contohvideotindakbalasferum.blogspot.com/
Untuk video berdurasi penuh, sila tekan link dibawah
https://www.youtube.com/watch?v=1A6QhM_Yc00&t=332s
Untuk video berdurasi penuh, sila tekan link dibawah
https://www.youtube.com/watch?v=1A6QhM_Yc00&t=332s
Penafian
Blog ini dibangunkan untuk tujuan tugasan bagi subjek GKB1053 KEMAHIRAN BELAJAR, SEMESTER 1, PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH MUDA PERGURUAN . Jika terdapat sedutan atau tulisan mana-mana pihak yang tidak dibenarkan di dalam blog ini, sila masukkan di dalam ruang komen untuk tindakan pembangun blog.